Sejarah Spica (kumpulan muzik)

2012: "Doggedly", Russian Roulette dan Lonely

Pada awal tahun 2012, B2M Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan debut sekumpulan gadis penyanyi.[1] Nama mereka adalah merujuk kepada Spica, bintang paling terang dalam buruj Virgo. Pada 10 Jan 2012, kumpulan ini mengeluarkan digital tunggal pertama mereka "Doggedly" (독하게; juga diterjemah sebagai "Berkesan"). Video Muzik tersebut mencetuskan minat yang tinggi, ketika rakan label mereka - Mate Lee Hyori membuat kemunculan.[2][3]

Pada 31 Januari, B2M Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan itu akan membuat kemunculan rasmi mereka dengan mini album berjudul Russian Roulette. Video muzik panjang penuh telah dibebaskan pada 7 Februari.[4] Promosi bagi "Russian Roulette" bermula dua hari berikutnya di M! Countdown.[5] Lirik lagu tersebut kemudiannya diubah untuk memenuhi piwaian badan penyiaran "Munhwa Broadcasting Corporation" -MBC.[6] Kumpulan tersebut membebaskan album lebih panjang dipaket semula berjudul Painkiller pada 29 Mac, mempromosi judul trek dengan nama yang sama.[7]

Spica kembali dengan EP Kedua mereka berjudul Lonely pada 21 November, mempromosi tajuk trek dengan nama yang sama.[8] Mereka sekali lagi berkerjasama dengan Sweetune, yang turut menghasilkan "Russian Roulette". Kumpulan ini pertama kali mempromosi lagu pada Music Bank pada 23 November, dan mengadakan "persembahan selamat tinggal" pada 6 Januar pada Inkigayo. Lagu lain dalam album adalah "Bersama Awak", ditulis oleh Kim Boa, "Malam Itu" (그날 밤), ditulis oleh Kim Bohyung, dan "Sejak Awak Keluar Dari Hidup Saya".[9] Album tersebut memuncak pada kedudukan ke-8 di carta album mingguan Gaon,[10] dengan jualan sebanyak 2,113 salinan fizikal.[11]

Rujukan

WikiPedia: Spica (kumpulan muzik) http://www.allkpop.com/2012/02/spica-makes-their-d... http://music.naver.com/album/index.nhn?albumId=336... http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://www.soompi.com/2012/02/08/spica-to-alter-ly... http://twitter.com/#!/B2M_SPICA/status/18168076676... http://gaonchart.co.kr/chart/album.php?f_chart_kin... http://gaonchart.co.kr/chart/album.php?f_chart_kin... http://osen.mt.co.kr/article/G1109337930 http://mwave.interest.me/enewsworld/en/article/216... http://mwave.interest.me/enewsworld/en/article/267...